BAB 1 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI
SEKOLAH
KEPIMPINAN SEKOLAH
Mampu mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing
orang, mempengaruhi dan membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan yang
tertentu serta mempunyai cara dan seni yang tersendiri. Menurut Robert Kreither
mengatakan kepimpinan ialah satu keupayaan untuk mempengaruhi anggota untuk
mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada
kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi
supaya dapat melakukan pekerjaan atau kegiatan yang terarah pada tujuan
organisasi.
ORGANISASI SEKOLAH
contoh organisasi sekolah |
Merupakan satu badan, organisasi dan kaedah supaya kukuh dalam
masyarakat atau sesuatu kelompok sekolah. Organisasi yang terdapat di sekolah
mampu membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di
sekolah. Serta dengan adanya organisasi sekolah akan lebih tersusun untuk
mewujudkan susasana yang kondusif.
ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH
1. Pengetua
2. Penolong kanan
3. Penolong kanan Hal Ehwal Murid
4. Penolong Kanan Ko-Kurikulum
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling
6. Guru Kelas
7. Guru
8. Murid
PENGETUA akan bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta
memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.
Pengetua juga bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan
sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi
luar.
GURU PENOLONG KANAN pula akan menjalankan tugas
pengetua ketika ketiadaan pengetua di sekolah. Serta bertanggungjawab kepada
pengetua dalam hal Kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
Selain itu GPK akan membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran
dan membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
PENOLONG KANAN HEM adalah bertanggungjawab dalam
pengurusan kebajikan dan disiplin pelajar, menilai kemasukkan dan pendaftaran
pelajar serta membuat perhubungan awam mengenai tugas-tugas yang lain. Serta
guru Penolong Kanan HEM juga bertugas untuk mengajar pelajar di dalam kelas.
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING adalah ditugaskan untuk menyusun setiap
program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling, memberikan khidmat kaunseling
kepada pelajar yang memerlukan kemudian menyusun segala laporan pelajar serta
membuat perancangan tanhunan sekolah.
GURU KELAS akan mempunyai buku pendaftaran kedatangan
pelajar yang akan diambil setiap hari. Membuat pengurusan yuran khas yang
berkaitan dengan kelas atau perkara-perkara akademik. Akan mendaftarkan para
pelajarnya untuk membuat permohonan abntuan kewangan, biasiswa serta
menjalankan tugas-tugas yang lain.
GURU bertugas untuk mengajar pelajar, membuat perancangan PnP harian dan
mingguan guru serta menjaga disiplin, keselematan dan kebajikan murid di
sekolah. Guru juga akan mentadbir dan mengurus bilik darjah.
MURID hendaklah mematuhi dan memahai peraturan sekolah, menjaga dan memelihara
harta benda sekolah serta meningkatkan kebersihan sekolah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment