Sunday, December 16, 2018

BAB 5 : STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH


 

DEFINISI BILIK DARJAH
Pengurusan bilik pembelajaran adalah merujuk kepada proses perancangan, organisasi dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik darjah merupakan satu komsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ianya juga merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Manakala menurut Richards (1990) adalah mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku pergerakkan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

DEFINISI STRATEGI
Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan.

Faktor yang mempengaruhi bilik darjah ;
1. Penyusunan kerusi dan meja mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan              interaksi diantara murid dengan guru dan guru dengan murid.
2. Suasana bilik pembelajaran yang dihiasi dena diatur dengan kemas dengan pelbagai carta,            poster, gambar bagi menggalakkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PnP)
3. Saiz bilik darjah hendaklah mempunyai ruang yang cukup bagi bergerak kepada murid dan          guru menjalankan sebarang aktiviti.

Pendekatan digunakan untuk menarik minat pelajar ;
1. Guru boleh menggunakan nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman,        video dan permainan.
2. Guru hendakla bijak dalam mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin      meneroka kepada murid-murid.
3. Guru mestilah terlebih dahulu memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan            diajar.
4. Guru mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan mennggunakan isi          kandungan pengajaran tersebut. 

Peranan guru dalam Bilik Darjah ;
1. Guru berperanan bagi memastikan suasan bilik darjah berada dalam keadaan yang kondusif          dan selesa untuk dijalankan proses PnP.
2. Seseorang guru hendaklah mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada dalam bilik          darjahnya. Iaitu mengetahui nama muridnya, ibu bapa serta maklumat penuh tentang latar            belakang pelajar guru tersebut.
3. Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi            pengajaran dan pembelajaran.
4. Guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti PnP yang bakal dijalani. Contohnya guru            memikirkan tentang kaedah yang perlu digunakan kepada pelajarnya semasa PnP berlangsung.
5. Guru juga hendaklah melayan ibu bapa murid  dengan baik yang datang untuk bertanya                pencapaian anak mereka.



Image result for imej pengurusan bilik darjah

Ciri-ciri Bilik Darjah yang baik ;
1. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.
2. Pelajar yang mempunyai tubuh kecil, penglibatan atau pendengaran yang kurang seharusnya        ditempatkan di hadapan.
3. Kerusi dan meja sesuai dengan pendekatan berpusatkan guru.
4. Aktiviti berkumpulan jarang dilakukan.




Jenis gaya pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru ;
*Gaya belajar adalah sangat penting dalam melaksanakan tugas belajar baik di rumah mahupun di sekolah. Terdapat 3 jenis gaya pembelajaran mengikut buku Quantum Learning iaitu gaya visual, auditori dan kinestetik.

Visual (Belajar secara melihat) 
Seseorang yang memiliki gaya belajar visual cenderung belajar melalui hubungan penglihatan. Ia menggunakan material atau media yang boleh dilihat atau memberi pendapat melalui pemerhatian. Contohnya material buku, poster, majalah, rangka tubuh manusia, peta dan lain-lain.
Auditori (belajar dengan gaya mendengar)  Pelajar cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberhasilan dalam belajar. Gaya belajar auditori bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja berkumpulan.
Kinestetik (Belajar dengan cara bergerak, bekerja atau menyentuh)  Orang yang memounyai gaya belajar jenis ini akan banyak belajar melalui gerakan yang berserta informasi kemudian akan menyimpannya ke dalam kotak fikiran. Penyentuhan dengan objek sangat digemari kerana ia boleh dirasai oleh diri sendiri sahaja. Contohnya pelajar melibatkan dengan kegiatan fizik, menghasilkan model, berjalan dan pergerakkan.

Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan ;
1. Merancang  Setiap aktiviti hendaklah dirancang dengan baik sebelum guru memulakan PnP bagi menarik minat pelajar belajar. Contohnya, guru merancang objektif kemudian mencari kaedah yang bersesuaian untuk dijalankan kepada pelajar.
2. Mengurus   Guru perlulah menjadi seorang yang prihatin dimana guru menjadi pendengar yang baik tentang masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru juga hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.
3. Mengelola   Guru hendaklah memastikan susunan kerusi dan meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.
4. Mengarah  Guru akan memimpin pelajarnya, di mana guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah memebri erti atau input yang positif kepada murid-murid yang diajarnya.
5. Mengawal    Guru hendaklah mempunyai keupayaan dalam mengawal sebarang salah laku pelajar. Pembelajaran yang berjaya selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sama ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan mempunyai kebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif.

Image result for imej komunikasi guru dengan pelajar
Cara komunikasi guru yang berkesan semasa PnP;
1. Praktikkan gaya kepimpinan demokratik
2. Mengalakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti
3. Menggunakan kaedah berkumpulan
4. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran
5. Mengguanakan alat bantu mengajar yang berteknologi



           Daripada bab ini saya dapat mengetahui tentang beberapa faktor yang perlu dilihat dalam aktiviti pengurusan bilik darjah agar setiap aktiviti yang dijalankan kepada pelajar dapat berjalan dengan lancar dan baik, serta pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa.




No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...