BAB 12 : PENGURUSAN PRAKTIKUM
Dalam
bab ini, kita dapat mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan praktikum dan
tugas-tugas guru pelatih sepanjang menjalani praktikum serta tugas pensyarah
UPSI sebagai pensyarah pembimbing.

Di UPSI, terdapat tiga jenis Latihan Industri yang dijalankan. Antaranya ialah Latihan Mengajar, Internship Kaunseling dan Program Perantis Guru (PPG). Latihan Industri (LI) merujuk penempatan pelajar di sesebuah organisasi bagi menjalani latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih oleh pelajar. definisi bagi Internship Kaunseling ialah, kaunselor pelatih yang ditempatkan di sebuah sekolah dan diberikan guru pembimbing kaunseling. Kemudian guru pelatih kaunseling ini tidak mengajar di dalam kelas. Tetapi mereka ditugaskan untuk membuat sesi kaunseling individu, kelompok, dan progran di sekolah. Kaunselor pelatih diwajibkan menjalani 560 jam internship dan memenuhi kehadiran 100%. Manakala Program Perantis Guru (PPG) pula dijalankan kepada siswa/wi UPSI semester 2 dan semester 4. PPG1 dijalankan oleh pelajar UPSI semester 1 selama 2 minggu, manakala PPG2 dijalankan pelajar UPSI semester 4 selama 4 minggu (1 bulan).
Kemudian Pensyarah Pembimbing pula adalah ditugaskan untuk menyelia guru pelatih yang sedang menjalani praktikum. Penyeliaan pensyarah pembimbing akan berlaku sebanyak 3 kali, iaitu kali pertama merupakan lawatn sosial di mana pensyarah pembimbing akan mengenali sekolah dan pihak pentadbir bagi membina hubungan yang baik agar pelajar akan dilayan dengan baik, lawatan kali kedua pula pensyarah pembimbing akan melihat guru pelatih mengajar di dalam kelas tetapi tidak memberikan markah. manakala lawatan atau penyeliaan pada kali ketiga pula pensyarah pembimbing akan melihat guru pelatih mengajar di dalam kelas dan memberikan mereka markah.
Secara rumusnya Praktikum adalah wajib dijalankan kepada semua para pelajar UPSI agar mereka terdedah dengan suasana di sekolah serta di dalam kelas, serta mereka dapat menggunakan secara teorinya bagaimana caranya untuk mengajar pelajar di sekolah.
No comments:
Post a Comment