Saturday, December 15, 2018

BAB 2 : PENGURUSAN MURID

BAB 2 : PENGURUSAN MURID

DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan merupakan satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Menurut Micheal dan Jones (2000), pengurusan adalah proses bagi mencapai dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan oleh ahli organisasi.


Related image

DEFINISI MURID
Murid merupakan para pelajar yang sedang menuntut ilmu di sesebuah sekolah dan orang yang mepunyai potensi asas yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, fizikal dan mental. Menurut Abu Ahmadi (2003) mengatakan murid ialah peserta didik yang belum dewasa, yang mana mereka memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa.


PENGETAHUAN MENGENAI KEPERLUAN MURID
Kepelbagaian latar belakang yang manandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah. Guru hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan murid seperti adakah pelajarnya itu lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat dan cukup kasih sayang. Pengetahuan ini membantu guru dalam merancang dan mengurus keperluan murid agar lebih bersedia dalam mengikuti PnP.

TERDAPAT BEBERAPA PERBEZAAN DIANTARA MURID, ANTARANYA IALAH :
1. Perbezaan perkembangan mental
2. Perbezaan sikap dan minat
3. Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
4. Perbezaan status sosioekonomi
5. Perbezaan jantina
6. Perbezaan dalam diri individu
Image result for gambar kartun kesediaan mengajar
KESEDIAAN BELAJAR :
Keadaan murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu seperti dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.

1. Kesediaan Kognitif - Adalah berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir terhdap sesuatu perkara serta perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang pelajar.
2. Kesediaan Afektif - Merupakan satu sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat  dan nilai untuk menerima pelajran yang akan disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam sesuatu aktiviti.
3. Kesediaan Psikomotor - Merupakan penguasaan kemahiran fizikal termasuklah perkembangan fizikal yang merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak di dalam seluruh tubuh badan. Serta ianya bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.

*  Guru hendaklah memotivasikan pelajar di sekolah agar mereka mempunyai satu semangat atau keyakinan dalam meneruskan menuntut ilmu di sekolah. Konsep motivasi adalah satu tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri, membangkitkan respond bagi mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya serta merupakan satu bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai keinginannya.
*  Terdapat perhubungan motivasi murid dan pembelajaran yang berlaku diantara murid bermotivasi rendah dan murid bermotivasi tinggi.
  • Murid bermotivasi rendah adalah lebih cenderung dalam aktiviti yang tidak mencabar, tidak menghiraukan tentang prestasi dirinya serta pasif dan malas terhadap sesuatu pembelajaran yang sedang berjalan sama ada dalam kelas atau luar kelas.
  • Murid bermotivasi tinggi adalah murid yang sentiasa berbentuk mencabar, sentiasa menyemak atau memikirkan tentang prestasi dirinya serta sentiasa berfikiran kritis dan kreatif dalam pembelajaran.
* Pengurusan murid boleh menggunakan teknik Intrinsik yang mana ia berkait rapat dengan sifat semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran. Motivasi ini juga berkait rapat dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal daripada gerakkan dalaman. Menurut Bruner (1966) mengaitkan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. Ia wujud secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran yang pernah dilakukan.
* Sebagai guru perlulah tahu bagaimana caranya untuk meningkatkan motivasi murid dalam PnP;
1.  Memahami objektif pembelajaran
2. Melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
3. Berinterksi diri secara aktif dalam proses pembeljaran
4. Pembelajran yang beraitan dengan kehidupan seharian dan minat murid.
5. Masa bagi menyiapkan tugasan atau berinteraksi
6. Mendpatkan pengalaman kejayaan
7. Menerima maklum balas yang tepat dan realistik

No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...