Sunday, December 16, 2018

BAB 4 : PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN


BAB 4 : PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

DEFINISI PENGURUSAN SUMBER
Ialah memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan atau matlamat. Pengurusan sumber juga adalah satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Menururt Dessler (1997) mengatakan pengurusan sumber sebagai satu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik, lebih menumpukan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Konsep Pusat Sumber
Merupakan satu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa serta mempunyai perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Dalam pusat sumber juga mempunyai koleksi bahan-bahan yang disediakan dengan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Dlama pengurusan sumber akan adanya agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.

Image result for gambar pusat sumber abad 21

Antara fungsi Pusat Sumber ialah ;
1.       Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
2.       Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran.
3.       Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
4.       Pintu masuk maklumat dari agensi luar
5.       Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
6.       Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
7.       Pengenbangan kemahiran pembelajaran kendiri
8.       Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan, dan
9.       Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin

Image result for gambar pusat sumber abad 21Image result for gambar pusat sumber abad 21














Ciri-ciri Pusat Sumber yang berkesan :
1.       Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
2.       Terdapat berbagai aktiviti galakkan penggunaan PSS
3.       Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PnP
4.       Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
5.       Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS
6.       Warga sekolah faham PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
7.       Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik

Langkah pembentukan PSS berkesan :
1.       Penubuhan AJK dan perlantikan kaki tangan
2.       Rancangan pengoperasian
3.       Rancangan pengurusan perkhidmatan
4.       Latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas)
5.       Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan
6.       Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
7.       Kemas kini rekod pengurusan (koleksi)
8.       Promosi dan galakkan penggunaan
9.       Penyemakkan stok dan penyediaan laporan tahunan
*Penggunaan perpustakaan secara optimum - PSS tidak boleh sekadar bersifat menunggu pelanggan sahaja bahkan PSS perlu menjadi nadi pembelajaran di sekolah.
*Manusia belajar pada kadar 11% mendengar dan 83% melihat. Keupayaan mengingat pul pada kadar 20% apa yang didengar dan 50% yang dilihat dan dengar.

KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER
Meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran yang dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid yang bersifat individu atau secara kumpulan menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.

*Kompenen pembelajaran berasaskan sumber
 1.  Penggunaan buku teks
 2. Aktiviti penelitian
 3. Pencarian bahan dari pelbagai sumber
 4. Latihan penyelesaian masalah
 5. Penggunaan alat pandang dengar

*Dasar pembelajaran berasaskan sumber
 1. Pengajaran melalui kerja projek
 2. Pengajaran unit yang berintegrasi
 3. Pendekatan inter disiplin
 4. Pembelajaran individu secara aktif

*Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber
 1. Ativiti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan
 2. Melibatkan pelajar belajar secara aktif
 3. Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan               saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
 4. Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan mereka sendiri.
 5. Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar
 6. Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang             hayat.

*Penekanan pembelajaran berasaskan sumber
Pelajar akan mendapatkan pengetahuan yang lebih sekiranya PSS dipenuhi dengan bahan-bahan yang memberikan satu input yang positif buat pelajar. Terdapat beberapa tujuan pembelajaran antaranya ialah ;   1. Huraian tentang apa yang akan dipelajari
                             2.  Diskusi dan bertukar-tukar fikiran
                             3.  Kegiatan-kegiatan yang menggunakan berbagai sumber
                             4.  Kegiatan-kegiatan melalui kunjungan dan lawatan
                             5.  Kegiatan-kegiatan kreatif seperti drama, seni lukis dan muzik

No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...