Pada bab ini kami telah mempelajari 'Pembelajaran Abad Ke 21' (PAK21). PAK21 telah dilaksanakan oleh KPM pada tahun 2014, untuk membawa satu perubahan baru dalam dunia pendidikan pada masa kini. PAK21 sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Dalam PAK21 mempunyai beberapa elemen yang diterapkan iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti dan aplikasi nilai murni serta etika.
PAK21 menggunakan pendekatan PdP yang mengalakkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi. PAK21 juga adalah meliputi sekolah yang dilengkapi dengan smartboard, capaian internet yang laju serta penggunaan LCD yang mencukupi. Dalam membangunkan murid yang seimbang dan sejahtera dipupuk dengan 6 Aspirasi murid, guru dan pentadbiran perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada atau yang boleh diperoleh melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses PdP.
Seperti yang kita ketahui juga peranan guru adalah sebagai pembimbing yag dapat menyedarkan murid tentang proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja. Guru juga hendaklah memupuk kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid melalui kaedah bertanya yang sesuai dengan tahap murid. Semua peringkat termasuklah pra-sekolah, pendidikan khas, sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah dipupuk KBAT dengan strategi bertanya soalan kepada pelajar agar mereka dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
Kesimpulannya, PAK21 ini dijalankan adalah untuk membantu diri pelajar agar mampu menjadi seorang pelajar yang kreatif dalam sesuatu hal serta pelajar tersebut mampu menjadi pelapis muda yang berinovatif pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment