BAB 10 : HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN
PERSEKITARAN
Berdasarkan daripada bab ini, seperti yang kita ketahui adalah sekolah merupakan tempatnya penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Persekitaran yang terdapat dalam persekolahan itu membawa erti Kawasan yang dikelelingi oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sekolah. Selain itu, dalam perhubungan sekolah dengan persekitaran fizikal meliputi dari segi susunan dan reka bentuk fizikal, sumber bahan pembelajaran, pencahayaan, ruang atau sudut pembelajaran, pengudaraan, perabot dan akhir sekali ialah kebersihan. Kesemua benda tersebut adalah penting untuk memberikan keselesaan kepada pelajar serta guru semasa pengajaran dan pembelajarn dijalankan.
Manakala, hubungan persekitaran
psikososial pula terdiri daripada suasan yang selesa dan mesra, suasana yang
mampu meransang pembelajaran, mengalakkan pembelajaran koperatif, bebas
daripada ancaman dan bahaya fizikal serta mampu memberi peluang yang sama
kepada semua pelajar. Bukan itu sahaja, dalam membina hubungan dengan
persekitran ini juga perlu dititikberatkan suasana kelas yang kondusif seperti
perlu adanya sikap yang hormat menghormati diantara guru dan pelajar serta
perlu adanya sikap penerimaan tanpa sikap prejudis.
Peranan sekolah dengan masyarakat
pula seperti sekolah perlu melibatkan diri dalam proses sosialisai dimana
kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakat dan menjadikan perlakuan
tersebut sebahagian tingkah laku mereka. Manakala, bagi ibu bapa pula
berperanan sebagai membina jarinagn yang baik seperi melalui PIBG, membantu
pihak sekolah untuk membanteras gejala sosia yang tidak baik dikalangan
pelajar.
Kesimpulannya, hubungan sekolah dan
masyarakat perlulah baik agar setiap matlamat dapat dicapai dengan sempurna
serta dapat meningkatkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual pelajar
serta guru.
No comments:
Post a Comment