Monday, December 17, 2018

BAB 6 : PENGURUSAN DISIPLIN



DEFINISI DISIPLIN
Image result for imej disiplin pelajar
Ialah satu peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma 

masyarakat dan undang-undang sesebuah Negara. Tetapi, sesuatu perkara tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi sesuatu benda dapat mempengaruhi mental mereka. Antara contoh kes disiplin di sekolah ialah ponteng sekolah, melawan guru, bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya.


*Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikkan sistem SSDM yang sedia ada. Sistem ini adalah mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Ianya digunakan dengan cara memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.


Image result for contoh e-ssdm
Contoh E-SSDM

Tujuan E-SSDM ;
1. Membantu pihak sekolah dalam proses penetuan hukuman supaya selaras dengan surat                        pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
2. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan                                perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
3. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru              Bimbingan dan Kaunseling.
4. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, ketua guru Disiplin/GPK HEM,                          Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
5. Sebagai Pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

*Proses Kerja
Dalam proses kerja akan adanya perekodan kes salah laku pelajar yang mana guru akan berperanan akan melaporkan kes tersebut ke dalam sistem E-SSDM. Kemudian ketua guru disiplin/GPK HEM akan melakukan siasatan dan sekiranya pelajar didapati bersalah, pihak sekolah akan mencadangkan hukuman yang sesuai dengan pelajar tersebut. Kemudian pengetua mempunyai kuasa atau hak sama ada ingin menukarkan hukuman tersebut, seterusnya pelajar tersebut dihantar kepada Ketua Guru Disiplin untuk mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh pengetua. Proses yang seterusnya adalah pembantu pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat dan akhir sekali adalah proses dimana pelajar tersebut akan dihantar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menjalani sesi kaunseling terhadap pelajar tersebut. 
        Manakala proses kerja bagi pelajar yang mempunyai disiplin yang baik adalah, guru akan melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem E-SSDM. Kemudian sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan status sahsiah murid.

Peranan dan tugas
Setiap individu yang berada di sekolah mempunyai peranan dan tugas yang tersendiri, iaitu :

1.       Guru  Akan melaporkan kes salah laku dan amalan baik pelajar ke dalam sistem E-SSDM
2.       Ketua Guru Disiplin/GPK HEM Menentukan kesahan kes dan mencadangkan hukuman kepada pelajar yang membuat salah laku di sekolah serta memantau laporan dan melaksanakan langkah atau membuat program peringkatan sahsiah.
3.       Pengetua  Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan oleh GPK HEM atau meminda tindakan tersebut.
4.       Guru UBK  Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan, memantau laporan dan melaksanakan langkah atau program peningkatan sahsiah.
5.       PPD, JPN dan KPM  Memantau laporan dan akan melaksanakan langkah intervensi
6.       Murid-murid  Memantau pelaporan individu dan berbincang dengan UBK untuk meningkatkan status sahsiah
7.       Penjaga  Memantau pelaporan individu anak-anak di semua sekolah di bawah KPM.



    Kesimpulannya,disiplin atau salah laku yang dilakukan oleh pelajar di sekolah mempunyai beberapa proses dan setiap salah laku tersebut mempunyai hukumannya tersendiri. Oleh itu, pihak KPM menyediakan E-SSDM bagi memudahkan guru untuk menentukan hukuman kepada pelajar. Pelajar juga akan diberikan sesi kaunseling bagi membantu pelajar tersebut mengubah tingkah lakunya.


No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...