Pengurusan
ditakrifkan sebagai proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan
mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi
bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Manakala nasihat pula ditakrifkan
sebagai suatu kaedah untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk
menggelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi.
➤ Antara
cara penasihatan yang digunakan oleh guru kepada pelajar di sekolah ialah :
1. Berfokuskan kepada pelajar yang
mempunyai masalah
2. Menyelami psikologi atau keadaan
murid
3. memberikan nasihat dalam bentuk
arahan dan rangsangan
4. mengikuti perkembangan murid
5. Membantu murid dalam membuat
keputusan
➤ Guru adalah medium yang berkesan dengan murid, kerana :
1. Guru mempunyai hubungan dengan
murid berbentuk interpersonal - Keupayaan guru untuk berinteraksi dengan orang
lain dan memahami diri pelajar. Kategori Interpersonal adalah guru berkeupayaan
untuk menerima perasaan dan idea, seringa bertanya soalan dengan pelajar,
menyampaikan maklumat dan petunjuk serta kemampuan menggunakan kemahiran
komunikasi.
2. Setiap tindakan guru
meninggalkan kesan - Iaitu harapan masyarakat terhadap guru dalam membantu
menangani permasalahan murid serta guru seharusnya mewujudkan dan menunjukkan
nilai-nilai yang positf agar dapat menghasilkan penasihatan yang berkesan.
3. Guru sebagai role model -
Perlakuan guru akan sentiasa diperhatikan oleh para pelajardan perkara ini
mampu mendatangkn suatu perasaan tennag dan yakin dalam diri mereka semasa sesi
penasihatan berlaku, dan guru hendaklah mempunyai sikap yang amanah, jujur dan
ikhlas semasa memberi khidmat nasihat.
➤ Kaunseling
di sekolah :
Definisi
: Satu proses yang sitematik untuk membantu perhubungan berdasarkan
prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar.
Tujuannya ialah untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang
holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan
penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
➤ Perbezaan kaunseling dan penasihatan :
Kaunseling ➤ Memfokuskan kepada individu yang
bermasalah, dilakasanakn oleh kaunselor yang terlatih dalam bidnag kaunseling,
kaunseling memerlukan masa yang banyak dan kaunseling memerlukan masa yang
berterusan.
Penasihatan ➤ Memfokuskan permasalahan yang
dihadapi oleh murid-murid, dilaksanakan oleh mana-mana individu apatah lagi
guru yang berpengalaman, penasihatan memerlukan masa yang singkat dan pemantan
dalam jangka masa yang tidak lama.
RUMUSAN
Penasihatan
merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang
menghadapi masalah. Nasihat yang diberikan merupakan kaedah dalam menyelesaikan
masalh tanpa memkirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan
satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan
menjelajah masalah yang dihadai. Bagi menyediakan klien dengan maklumat baru
dan berguna. Setiap nasihat yang diberikan itu adalah berguna untuk mengajar
individu tersebut untuk berfikir dan bertindak. Bagi individu yang sangat
memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyai maslah disiplin
yang kritikal. Seperti murid yang merokok dan ponteng sekolah.
No comments:
Post a Comment