Sunday, December 23, 2018

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA





                                     Image result for pelajar kurang upaya

Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berkeperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah dalam pembelajaran serta pintar cerdas. Dalam pendekatan keperluan khas juga ada menekankan tentang kebolehan, kfungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak dalam kemahiran perkembangan kanak-kanak.
           
Dalam bab ini juga memperlihatkan perbezaan diantara murid berkeperluan khas dengan murid kurang upaya.

Image result for pelajar kurang upaya
Murid berkeperluan khas terbahagi kepada 2 iaitu kanak-kanak luar biasa dan kanak-kanak berisiko. Kanak luar biasa merupakan kanak-kanak yang berbeza daripada yang lain. Mereka merangkumi kesukaran dalam pembelajaran dan sering menunjukkan pencapaian yang tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Manakala, kanak-kanak yang berisiko pula ialah mereka yang mengalami kecacatan tapi dianggap mempunyai kemungkinan besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka juga menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk cacat.

Seterusnya ialah murid yang kurang upaya juga terbahagi kepada 2 iaitu kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak yang mengalami kecacatan. Kanak-kanak kurang upaya adalah mereka yang kekurangan atau kehilangan fungi anggota badan atau organ. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugasan yang dilakukan oleh orang biasa. Manakala kanak-kanak mengalami kecacatan ialah mereka yang menghapi masalah ketidakupayaan atau kecacatan semasa berinteraksi dengan persekitaran.

Kanak-kanak yang layak untuk mengikuti Pendidikan khas adalah mereka yang dikategorikan kanak-kanak down sindrom, autistic ringan, kurang keupayaan mental, bermasalah emosi, masalah kesihatan, disleksia dan lembam. Antara jenis program yang boleh dijalankan kepada mereka ialah sekolah Pendidikan khas (SPK), program Pendidikan khas integrase, program inklusif, program pemulihan khas dan program bermasalah pembelajaran spesifik disleksia. SPK banyak dijalankan di prasekolah, Pendidikan rendah, Pendidikan menegah dan Pendidikan pasca menegah.

Tujuan adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan mewujudkan tanpa perasaan ingin menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk. Juga menggalakkan interaksi diantara pelajar khas dan pelajar biasa. Guru pula berperanan sebagai pengajar, menggunakan pendekatan kratif dan kritis dalam pembelajaran, pengurus, bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid dan guru juga dianggap kaunselor.

Kesimpulannya, pelajar yang dikategorikan Pendidikan khas ini hendaklah diajar serta diberikan peluang untuk menuntut ilmu seperti pelajar yang lain agar mereka merasakan bahawa mereka tidak disingkirkan daripada masyarakat.

No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...