Friday, December 21, 2018

BAB 14 : BULI DI SEKOLAH

Image result for buli di sekolah

Topik pada kali ini adalah 'Buli di Sekolah'. Pada era ini kes buli sering kita dengari terutama dalam kalangan remaja lelaki. Buli berlaku tidak kira ketika zaman sekolah rendah mahupun sekolah rendah. Buli adalah didefinisikan sebagai satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau bermaksud bagi menunjukkan kekuatan yang mereka ada. Bagi pelajar yang dibuli pula secara tidak langsung menjadikan mereka lemah dan mematuhi atau menghormati mereka (pelajar) yang lebih kuat. Buli didefinisikan sebagai tingkah laku yang agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa sehingga menyebabkan mangsa berasa sentiasa takut ke sekolah, tidak aman dan sebagainya.

Biasanya pembuli adalah terdiri daripada golongan :
1. Pelajar sekolah menengah atas iaitu ting. 4, 5 dan 6.
2. Mmempunyai tubuh badan yang lebih besar berbanding mangsa
3. Melibatkan kumpulan pelajar (geng)
4. Untuk menghilangkan rasa bosan
5. Merasakan diri mereka hebat dan kuat

Mangsa (dibuli) adalah terdiri daripada :
1. Bertubuh kecil
2. Pelajar yang kerap dipuji oleh guru
3. Pelajar baru di sekolah

Image result for buli di sekolah

Pelajar yang membuli ini biasanya dipengaruhi dengan kisah silam mereka, seperti ketika mereka bersekolah rendah dahulu mereka sering dibuli menyebabkan dia ingin membalas dendam melalui membuli pelajar yang lebih muda berbanding dengan dirinya. selain itu ialah dipengaruhi oleh rakan sebaya, serta kadangkala gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan. Selain itu adalah disebabkan penceraian ibubapa menyebabkan mereka melepaskan kepada orang lain, sekadar inginkan keseronokkan, marah atau benci dengan mangsa kerana ketidak puasan hati sehingga diselesaikan dengan cara buli.

Buli mempunyai 3 kategori iaitu mental, fizikal dan emosi.
mental > lebih kepada mangsa diejek oleh rakan-rakan lain sehingga menyebabkan dia malu dengan pelajar yang lain. Pelajar ini juga akan merasakan kurang yakin dan takut untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar di sekolah.
Fizikal > Buli yang melibatkan pukul memukul sehingga mencederakan diri mangsa. kadangkala terdapat beberapa mangsa yang dipukul sehingga menyebabkan berlakunya cacat kekal.
Emosi > Mangsa akan takut untuk bersemuka dengan pelajar yang lain. Mangsa juga akan menjadi seorang yang pendiam dan tidak akan bergaul dengan anggota masyarakat yang lain.

Apabila buli berlaku dalam kalangan pelajar akan menimbulkan beberapa kesan, antaranya ialah mangsa akan bertindak agresif apabila dewasa kelak kerana mereka ingin membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya adalah untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat pernah dibuli. Selain itu juga boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, lebih selesa berada di rumah dan tidak menghadirkan diri ke sekolah serta sesetengah mangsa sanggup mencederakan dirinya sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengambil tahu tentang isu buli di sekolah. Sekiranya buli berlaku di sekolah pelajar lain hendaklah mengambil tindakan melaporkan kepada guru untuk diambil tindakan yang selanjutnya agar mangsa buli tersebut merasakan dirinya masih mempunyai tempat untuk bergantung.

No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...