Sunday, December 16, 2018

BAB 3 : PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE 21


BAB 3 : PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE 21

DEFINISI BILIK DARJAH
Merupakan suatu tempat yang kompleks dan sibuk serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang mana ianya boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut berdasarkan Doyle pada tahun1986. Akan terdapat banyak aktiviti yang akan dijalankan semasa berada dalam bilik darjah yang melibatkan murid. Contohnya guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

PENGURUSAN BILIK DARJAH
Menurut Alberto dan Troutman (1986), mengatakan cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesr, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku. Dalam pengurusan darjah juga mempunyai proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakkan komunikasi dan interaksi antara murid. Ia adalah bertujuan bagi memudahkan cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
*Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek dan pencapaian akademik yang berlaku jangka panjang contohnya adalah teknik penyoalan, penilaian, perancangan.
*Manakala, tujuan pengurusan bilik darjah pula adalah bagi membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu seperti memberi ganjaran dan memupuk hubungan.

Dalam bilik darjah akan melalui fasa :
1. Aktiviti pembelajaran
2.Fizikal
3. Psikososial

*Pengurusan persekitaran Fizikal

1.     Selamat (fizikal dan psikologi)
2.     Identiti simbolik (Hasil kerja, carta organisasi)
3.     Perkembangan (Peralatan, bahan bacaan dan buku kerja)
4.     Ketengan (Susunan dan hiasan menarik dan selesa)

*Pengurusan Psikososial
Psikososial adalah hubungan diantara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Antara faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah ialah :
1.     Pendekatan pengajaran
2.     Gaya kepimpinan guru
3.     Bentuk komunikasi dan interaksi dalamm bilik darjah
4.     Suasana demokratik dalam bilik darjah
5.     Guru sebagai pendidik dan fasilitator
6.     Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan menghormati
7.     Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya
8.     Menunjukkan contoh teladan yang baik
9.     Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat dan seronok
10. Menunjukkan rasa cinta dan semangat untuk mendidik
11. Menyemai semangat kekitaan
12. Mengamalkan komunikasi berkesan
*Penyusunan bilik darjah harus mebolehkan guru dan murid dapat bergerak tanpa halangan, guru mudah untuk mendapatkan bahan bantuan mengajar dan guru dapat memberikan perhatian kepada semua murid.
*Penjadualan waktu kelas ;
1. Mencapai objektif pengajaran
2. Menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan
3. Menstruktur proses pengajaran dan pembelajaran

SUSUNAN BILIK DARJAH 

Image result for kelas kondusif
Contoh kelas kondusif Sekolah Menegah


Image result for kelas kondusif sekolah rendah


Contoh kelas yang kodusif bagi sekolah Rendah


Jenis bahan dan penghasilannya;
1. Bahan Hidup Seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
2. Bahan Bukan Hidup seperti elektronik (audio dan visual), bukan elektronik yang                        mempunyai 3 bahan cetak dan bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi adalah daripada sumber        yang semula jadi dan buatan manusia.

Pentaksiran berasaskan sekolah
* Sekolah / Bilik darjah (BPK)
     Pendekatan berterusan dalam sesi PnP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,         kemajuan, Kebolehan dan pencapaian murid. Ianya berlaku secara formatif dan sumatif.               Ianya tidak membandingkan tahap penguasaan antara seseorang murid dengan murid yang           lain, tetapi bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di           samping membantu guru menambah baik pengajran mereka.
* Kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah
1.          Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
2.          Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
3.          Mengetahui keberkesanan pengajaran
4.          Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
5.          Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta




No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...