Definisi
pelbagai Budaya ➤ Budaya
merupakan suatu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok bagi sesebuah organisasi atau
masyarakat, mengakui dan menerima sumbangan yang berterusan mereka serta budaya
yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
* Menurut
Banks (1989), kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat
mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi
pendidikan. Pelbagai budaya juga merujuk kepada pelajar yang memilIki pelbagai
latar belakang yang berbeza seperti agama, etnik, bahasa dan budaya. Pendidikan
pelbagai budaya adalah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih
daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui pelbagai etnik, bahasa dan ras.
Yang mana tujuannya adalah bagi mewujudkan kesedaran, tolerasnsi, pemahaman dan
pengetahuan dalam diri pelajar serta guru-guru di sekolah.
Terdapat
3 aspek dalam Pendidikan Pelbagai Budaya :
1. Konsep - Melihat semua pelajar
mempunyai hak yang sama rata untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan
mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik dan kriteria lain.
2. Gerakkan - Usaha untuk mengubah
institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial,
jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
3. Proses - Proses untuk mencapai
tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Prinsip
Pendidikan pelbagai budaya yang berkesan :
➤Pendidikan pelbagai budaya yang berkesan adalah merupakan pendidikan
asas yang menyediakan sumbangan atau keperluan secara maksima dalam kehidupan
para pelajar di sekolah. Dalam program kokurikulum juga hendaklah mempunyai
budaya yang pelbagai agar pelajar-pelajar tidak akan hidup dalam berkumpulan
mengikut budaya atau bangsa masing-masing.
Pendekatan
pendidikan pelbagai Budaya :
➤Di sekolah guru berperanan untuk menolong pelajar meningkatkan
pencapaian akademik dalam semua bidang dengan menggunakan bahan pengajaran yang
bersesuaian. Guru hendaklah tidak menyentuh hal-hal yang senditif di sekolah
terutamanya sesi PnP dijalankan. Guru hendaklah peka dan sentiasa memberi
perhatian terhadap suara hati para pelajarnya, iaitu mendengar luahan pelajar
dan guru berusaha untuk mencari jalan baki memperbaiki setiap apa yang berlaku
di sekolah.
Kepentingan
memahami kepelbagaian budaya bagi guru :
➤ Guru
bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. kerana dengan
adanya pemahaman yang tinggi guru terhadap perpaduan, secara tidak langsung
dapat mengajak para pelajar lain agar tidak berlaku rasis di sekolah. Kemudian
para pelajar dapat duduk dengan aman di bawah suatu bumbung yang sama. Selain
itu, guru juga hendaklah mempunyai kesediaan yang tinggi untuk berhadapan
dengan murod daripada pelbagai budaya. Dimana guru hendaklah tidak bersikap
prejudis atau rasis kepada pelajar yang pelbagai budaya di sekolah.
Ciri-ciri
guru yang berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya :
➤ Guru
sensitif terhadap tingkah laku pelajar dari pelbagai latar belakang. Guru
hendaklah bersikap sensitif dan berusaha untuk meningkatkan integrasi etnik
dalam pembelajaran.
RUMUSAN
Pendidikan
pelbagai Budaya merupakan sekolah yang mempunyai pelbagai bangsa, agama,
budaya, ras dan etnik. KPM mewujudkan kepelbagaian budaya ini adalah untuk
mendidik agar para pelajar serta para guru tidak mengamalkan sikap prejudis.
Ianya juga bertujuan untuk mendidik para pelajar untuk hidup dalam keadaan yang
harmoni di bawah suatu bumbung yang sama.
No comments:
Post a Comment