Friday, December 14, 2018

BAB 11 : PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH




BAB 11 : PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH



Image result for carta organisasi kokurikulum sekolah
RAJAH 1



Berdasarkan daripada rajah 1 di sebelah, menunjukkan contoh susunan carta organisasi kokurikulum yang terdapat bagi semua sekolah. Setiap guru akan memegang jawatan masing-masing dalam kokurikulum di sekolah. Selain itu, dalam bab ini juga saya dapat belajar mengenai jenis-jenis gerakerja kokurikulum sekolah, antaranya adalah pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Bagi ketiga-tiga kokurikulum tersebut akan dipegang oleh guru sekolah dan akan diuruskan oleh guru. Yang mana guru tersebut ditugaskan oleh pengetua sekolah sebagi penasihat bagi setiap persatuan tersebut.






Image result for peruntukan masa kokurikulum
RAJAH 2

Berdasarkan pada rajah di sebelah, dapat dilihat bahawa peruntukkan masa bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah berbeza. menakalah biasanya perjumpaan dilakukan bagi setiap kokurikulum ini adalah seminggu sekali dan kebanyakkan sekolah membuat perjumpaan pada hari rabu.

   Manakala bagi minimum perjumpaan sepanjang tahun bagi setiap perjumpaan dianggarkan bagi Persatuan Beruniform akan membuat perjumpaan sebanyak 18 kali dalam setahun, manakala Kelab atau Persatuan membuat perjumpaan sebanyak 12 kali serta sukan dan Permainan juga sebanyak 12 kali perjumpaan dalam setahun.
     Bagi buku laporan pula mestilah ditulis oleh pelajar setiap kali perjumpaan dijalankan dan disahkan oleh guru penasihat. Kemudian buku laporan tersebut perlu dihantar ke pejabat setiap minggu untuk disemak oleh pihak pentadbir. Guru penasihat akan bertanggungjawab untuk mengemukakan buku laporan apabila diminta oleh pihak pentadbir. Akhir sekali adalah buku laporam hendaklah sentiasa dikemaskini oleh guru penasihat. Dalam kokurikulum ini juga akan adanya buku rekod penilaian murid yang mana guru penasihat akan memastikan agar murid mempunyai buku penilaian sejak daripada awal tahun. Kemudian guru penasihat mengumpul dan menandatangi kehadiran murid dalam buku ini setiap kali perjumpaan diadakan.
        secara rumusnya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan oleh KPM kepada semua sekolah bagi mengalakkan pelajar lebih aktif dan bijak dalam mengatur langkah mereka pada masa hadapan dalam melaksanakan apa-apa program.

No comments:

Post a Comment

BAB 9 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

                                      Berdasarkan daripada tajuk ini, definisi bagi Pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berk...