DEFINISI
BILIK DARJAH
Pengurusan
bilik pembelajaran adalah merujuk kepada proses perancangan, organisasi dan
kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang
berkesan. Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik darjah merupakan
satu komsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang
dengan tujuan memudahkan cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Ianya juga merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk
dan memperuntukkan masa pelajaran. Manakala menurut Richards (1990) adalah
mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke
atas tingkah laku pergerakkan serta interaksi murid semasa pembelajaran
berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
DEFINISI STRATEGI
Strategi
membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi disebut sebagai
perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan
terkait dengan keadaan atau permainan.
Faktor yang mempengaruhi bilik darjah ;
1.
Penyusunan kerusi dan meja mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan
memudahkan interaksi diantara
murid dengan guru dan guru dengan murid.
2.
Suasana bilik pembelajaran yang dihiasi dena diatur dengan kemas dengan
pelbagai carta, poster, gambar bagi
menggalakkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PnP)
3. Saiz
bilik darjah hendaklah mempunyai ruang yang cukup bagi bergerak kepada murid
dan guru menjalankan sebarang aktiviti.
Pendekatan
digunakan untuk menarik minat pelajar ;
1. Guru
boleh menggunakan nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita
rakaman, video dan permainan.
2. Guru
hendakla bijak dalam mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan
ingin meneroka kepada murid-murid.
3. Guru
mestilah terlebih dahulu memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang
akan diajar.
4. Guru
mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan mennggunakan
isi kandungan pengajaran tersebut.
Peranan guru dalam Bilik Darjah ;
1. Guru
berperanan bagi memastikan suasan bilik darjah berada dalam keadaan yang
kondusif dan selesa untuk dijalankan proses
PnP.
2.
Seseorang guru hendaklah mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada
dalam bilik darjahnya. Iaitu mengetahui nama
muridnya, ibu bapa serta maklumat penuh tentang latar
belakang pelajar guru tersebut.
3. Guru
juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu
sesi pengajaran dan pembelajaran.
4. Guru
hendaklah merancang objektif serta aktiviti PnP yang bakal dijalani. Contohnya
guru memikirkan tentang kaedah yang
perlu digunakan kepada pelajarnya semasa PnP berlangsung.
5. Guru
juga hendaklah melayan ibu bapa murid dengan baik yang datang untuk
bertanya pencapaian anak
mereka.
Ciri-ciri Bilik Darjah yang baik ;
1. Kerusi
dan meja disusun mengikut baris demi baris.
2.
Pelajar yang mempunyai tubuh kecil, penglibatan atau pendengaran yang kurang
seharusnya ditempatkan di hadapan.
3. Kerusi
dan meja sesuai dengan pendekatan berpusatkan guru.
4.
Aktiviti berkumpulan jarang dilakukan.
Jenis gaya pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru ;
*Gaya belajar adalah sangat
penting dalam melaksanakan tugas belajar baik di rumah mahupun di sekolah.
Terdapat 3 jenis gaya pembelajaran mengikut buku Quantum Learning iaitu
gaya visual, auditori dan kinestetik.
Visual (Belajar secara melihat) ➤ Seseorang yang memiliki gaya
belajar visual cenderung belajar melalui hubungan penglihatan. Ia menggunakan
material atau media yang boleh dilihat atau memberi pendapat melalui
pemerhatian. Contohnya material buku, poster, majalah, rangka tubuh manusia,
peta dan lain-lain.
Auditori
(belajar dengan gaya mendengar) ➤ Pelajar cenderung menggunakan
pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberhasilan dalam belajar. Gaya
belajar auditori bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi.
Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau
kerja berkumpulan.
Kinestetik
(Belajar dengan cara bergerak, bekerja atau menyentuh) ➤ Orang
yang memounyai gaya belajar jenis ini akan banyak belajar melalui gerakan yang
berserta informasi kemudian akan menyimpannya ke dalam kotak fikiran. Penyentuhan
dengan objek sangat digemari kerana ia boleh dirasai oleh diri sendiri sahaja.
Contohnya pelajar melibatkan dengan kegiatan fizik, menghasilkan model,
berjalan dan pergerakkan.
Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan ;
1.
Merancang ➤ Setiap aktiviti hendaklah dirancang dengan baik sebelum guru memulakan
PnP bagi menarik minat pelajar belajar. Contohnya, guru merancang objektif
kemudian mencari kaedah yang bersesuaian untuk dijalankan kepada pelajar.
2.
Mengurus ➤ Guru perlulah menjadi seorang yang prihatin dimana guru menjadi
pendengar yang baik tentang masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru juga
hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk
belajar dengan lebih tekun.
3.
Mengelola ➤ Guru hendaklah memastikan susunan kerusi dan meja adalah sesuai
untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru menyediakan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan penyertaan murid-murid.
4.
Mengarah ➤ Guru akan memimpin pelajarnya, di mana guru perlu menonjolkan dirinya
sebagai seorang yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah memebri
erti atau input yang positif kepada murid-murid yang diajarnya.
5.
Mengawal ➤ Guru hendaklah mempunyai keupayaan dalam mengawal sebarang salah
laku pelajar. Pembelajaran yang berjaya selalu dikaitkan dengan kualiti
kepimpinan guru sama ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai
perujuk dan mempunyai kebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai
sesuatu objektif.
Cara komunikasi guru yang berkesan semasa PnP;
1.
Praktikkan gaya kepimpinan demokratik
2.
Mengalakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti
3.
Menggunakan kaedah berkumpulan
4. Adakan
sesi soal jawab dalam pengajaran
5.
Mengguanakan alat bantu mengajar yang berteknologi
Daripada bab ini saya dapat mengetahui tentang
beberapa faktor yang perlu dilihat dalam aktiviti pengurusan bilik darjah agar
setiap aktiviti yang dijalankan kepada pelajar dapat berjalan dengan lancar dan
baik, serta pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa.